TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, March 17, 2010

BUDAK SEKOLAH KENA SOUND DALAM MUKA BUKU

sila klik untuk pembesaran.

BUAT LAGI!!! Kan dah kena sound. Tu lah bebudak nie. Buat benda biarlah yang patut2. Tahulah kanak2 riang. Yang menulis nie budak baik jer kat sekolah. Tak sangka lak boleh tulis camtu. Bekas anak murid masa tahun 5 dulu. Dengan ayahnya pun kenal. Punyalah tegas ayahnya. Nie.. kalau report kat ayahnya nie.. mahu dilibasnya budak tu. Demam seminggu.

Apa2 pun saya tabik spring dengan ibu bapa yang ambik tahu hal anak2nya dengan muka buku nie. Inilah yang patut dicontohi. Pantau sama. Bukannya membiarkan je anak tu buat apa. Kadang2, ada yang tak tahu pun. Tapi kan.. musykillah pulak kalau tak tahu. Bukan ke ibu bapa tu sendiri yang pasang internet tu... yang bayar bil bulan2 tu siapa? Kalau anak tu guna.. pantau ler.

Macam seorang anak murid yang selalu cetus kontroversi dalam muka buku ni. Budak pompuan. Kalau hanya kenal kat sekolah.. punyalah baik. Siap boleh buat calon menantu. Bila baca ayat2 dia dalam muka buku.. terus cancel. La nie nampak slow sikit. Agaknyer dah ada cikgu yang sound. Kalau tak.. bahasanyer... aduhai.. boleh tercekik mengejut kalau baca. Baguslah kalau dia dah sedar.

Saya kenal dengan ibu yang sound di dalam muka buku tu. Memang ibu yang bagus. Rajin datang ke sekolah tanya perkembangan anaknya. Kalau anaknya kena denda sebab tak siapkan kerja.. dia datang untuk lihat kebenaran. Kalau ada HARI TERBUKA sekolah, dimana ibu bapa datang untuk sain kad prestasi anak, dia jumpa semua cikgu yang mengajar anak dia. Kalau kertas soalan periksa tu.. dia tengok dan semak. Baguslah camtu. Ambil berat pasal pelajaran anak. Anak2nya selalu skor A dalam matematik. Alhamdulillah...

Kepada ibu bapa di luar sana. Korbankan masa untuk lihat aktiviti anak-anak kita. Takut pula kalau jadi macam cerita dalam blog NATASHA. Sekali sekala buatlah spotcheck. Anak sekarang jangan dipercaya sangat. Hidup2 pun boleh di tipunya kita. Takut nanti kalau NASI MENJADI BUBUR.. kita yang BERPUTIH MATA.