TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, January 25, 2010

KISAH ANAK MURID - Dia Buat Hal Lagi

Guru Kelas tahun 3. Tahun lepas jadi guru kelas tahun 5. Dulu2 x pernah ngajar tahap 1, ble dah mula sronok rupanya. Nak crita ckit tentang anak murid yang sorang ni. Budak laki. Orangnya biasa2 je. Tak berisi, tak kurus. Akademiknya.. setakat ni.. perlu perhatian yang lebih. Pakaiannya nampak tak terurus. Hari ni dia buat hal lagi. Sakit perut katanya. Salah kawan sebab kawan bagi dia makan coklat pagi tadi. Nangis2.. minta nak balik.


Ermm.. klo dah masuk minggu keempat persekolahan ni memang cikgu musykil. Kenapa? Tiap2 ari dia sakit! Sakit kepala, demam, sakit lutut, sakit tekak, sakit dada dan macam2 sakit yang berlainan setiap hari! Kena siasat ni.. betul2 sakit ke atau ada agenda lain?


Penyelidikan pun dibuat. Di tanya bila ayah ambik dia pergi klinik ke? Jawabnye TAK. Dia akan pergi ke tempat ayah kerja. AikkK??? Kata sakit. Klo dah macam2 penyakit takutlah serius kan... tapi rasanya ini penyakit lain. Siasat latar belakang murid ni.. Oooo.. anak bongsu.. tanya cikgu2 yang pernah ajar dia dulu. Cikgu lain kata dulu2 dia x pernah wat perangai camtu. Ishh musykil ni! Kenapalah ngan Cikgu Isza dia buat perangai.


Tanyalah kot2 dia tak suka Cikgu Isza ni.. maklumle cikgu ni garang ckit. Ok je katanya. Klo tak suka Cikgu Isza, boleh tukar kelas. Taknak pula katanya. Buntu memikirkannya. Last2 bawa jumpa PK HEM. PK HEM uruskan. Telefon ayahnye. Sruh ayahnya datang sekolah. Hasilnya.. Ayahnya kata.. Abaikan saja Cikgu, jangan dilayan, dia buat perangai, xnak sekolah, kat umah orang x layan! Ermmm... camtu ye.. klo dia betul2 sakit camne? takpe, saya bertanggungjawab katanya.


Jadi, lepas ni.. kena abailah ragam murid tu. Tapi x seronok juga kan klo murid x minat g sekolah. Camne lah nak bagi dia suka g sekolah. Mesti guna psikiologi ni. Tengah cari idea nak bagi dia sronok datang sekolah..
BUNTU2.


Jangan le cikgu rupa ni klo dah buntu...
gambar ihsan pakcik google