TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, May 17, 2013

Berdarah kepalanya

Tak mampu untuk saya muat naik gambar mangsa dan keadaan tempat kejadian. Bila teringat kembali.. memang ngeri rasanya. Kalau tidak bertenang.. mahu juga yang melihat pula yang pengsan..


Memang murid yang menjadi mangsa dikategori sebagai murid yang tidak duduk diam. Murid lain beratur di kantin... dia pula berada di bilik SPBT - tempat simpanan buku-buku lama. Kebetulan pula saya mengajar Pendidikan Moral bersebelahan dengan bilik SPBT ini. Memang biasanya saya masuk awal sebelum murid-murid naik ke atas. Tak dan duduk.. datang seorang budak mengadu ada kepala murid berdarah.. terkena KIPAS!

Bayangkan camne boleh terkena kipas? 

Darah meleleh jangan diceritalah. Dalam kelam kabut saya mencari kain untuk menyekat pengaliran darah yang keluar bagai air paip. Memang tak tahu nak capai apa. Nak tarik langsir.. penuh habuk. Nak taknak saya dapatkan bantuan cikgu lain untuk memantau murid tersebut dan saya berlari ke pejabat untuk dapatkan tuala bersih (mujur ada seorang cikgu yang turut masuk awal ke dalam kelas)

14 jahitan berbekas di kepalanya. Mujur ibu bapa murid ini redha dengan situasi yang berlaku dan menerima yang kemalangan tersebut berpunca dari kesalahan anaknya. Saya tak dapatkan bayangkan kalau itu anak saya. Senakal-nakal anak pun tentu mahu putus nyawa rasanya bila tengok anak dalam keadaan tersebut.

Guru sudah memainkan peranan mengingatkan murid supaya mematuhi peraturan sekolah. Sekali.. sekala.. ibu bapa ingatkan pula anaknya supaya tidak melanggar peraturan sekolah dan terangkan sebabnya. Sama-sama kita main peranan untuk ingatkan anak kita supaya sentiasa menjadi insan yang berdisiplin agar diri mereka selamat.

p/s Ada yang mengaitkan cerita murid ini terkena kipas dengan kehadiran makhluk di atas kipas. Wallahua'lam..