TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, September 15, 2012

Kehamilan hampir gugur

Sejak disahkan hamil beberapa bulan yang lalu, masalah turun darah berulang dengan kerap. Boleh dikatakan tiap-tiap hari. Macam orang datang bulan. Bezanya.. dalam perut ni ada janin yang dikandung. Setakat ni dah 3 kali keluar masuk hospital. Tiada jalan penyelesaian. Rawatannya.. Puan cuma perlu berehat.


Threatened Misscarriage

Atau dalam Bahasa Malaysianya kehamilan hampir gugur

Pertama kali dalam hidup dengar istilah tu. Berkobar-kobar ler men'google' nak tau puncanya. Jawapannya..

Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.


Gejala dan simptom

Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:
Merah pekat
Merah cair
Coklat
Kadang-kadang sangat sedikit
Kadang-kadang berketul darah
Sakit belakang
Sakit pada ari-ari


Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur

Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:
Jangkitan kuman pada faraj
Polip pada pangkal rahim
Hamil di luar rahim
Cancer pangkal rahim


Bagaimana diagnosa dibuat?

Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.

Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

Rawatan
Tiada rawatan atau ubatan yang mujarat untuk menyekat pendarahan ini berlaku. Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:
Tunggu dan lihat: Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakan aktiviti seks pada masa ini.

Kurangkan aktiviti yang lasak: Anda akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti rehat dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.

Ubat Progesterone: Anda mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.

Tenangkan fikiran: Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak besar yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan bayi yang sihat.


Risiko Keguguran

Cuma 30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami keguguran sebenar. Berjumpalah doktor dengan segera sekiranya pendarahan semakin bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak bermaya, pening atau demam. Tiada cara untuk mencegah dari Kehamilan yang hampir gugur atau threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda sentiasa peka kepada tanda-tanda keguguran dan berjumpalah dengan doktor sebaik sahaja anda hamil untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada dalam keadaan yang baik.


Sekarang ni kandungan dah memasuki usia 22minggu++ dan dah mula rasa pergerakan janin. Masalah masih lagi berlarutan dan perasaan bimbang agak kurang berbanding masa awal kehamilan dulu. Bila turun darah yang melampau.. baru paksa diri ke hospital. Tak sanggup rasanya nak bertapa kat hospital tu. Sampai dah naik jemu makan makanan hospital.

Apa-apapun.. doakan agar kandungan saya selamat. Ini kandungan yang terakhir kerana kesihatan saya tidak lagi mengizinkan untuk saya mengandung lagi. Semoga semuanya terpelihara dan dipermudahkan olehNYA.