TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, June 25, 2012

Pengalaman itu menakutkan

Serik?

Mungkin sekali ini sahaja mengalami pengalaman itu. Memang menakutkan. Merasai bagaimana darah mengalir keluar tanpa dikawal dan melihat lelehan darah tersebut membasahi kaki... memang ngeri!


Macam cerita dalam filem. Bezanya tidak jatuh dan tidak ditolak oleh sesiapa. Elok-elok duduk memerhatikan murid bertukang di sekolah yang baru tetiba sahaja darah keluar tanpa dapat dikawal.

Mengandung 8 minggu.

Memang tak dijangka seawal ini rezeki itu datang. Memang rasa bersyukur sangat. Memang tak mampu nak tunggu lama lagi bila mengenangkan umur yang semakin menginjak usia. Betul seperti kata doktor.. semakin berumur.. semakin banyak risiko yang harus ditanggung ketika mengandung. Mungkin ada wanita berumur yang cukup kuat bila hamil tapi 1 dalam 1000.

Berkampung di hospital selama seminggu memang memeritkan. Di pantau cukup-cukup terutamanya kandungan gula dalam darah. Selagi tak ok selagi itu akan ditahan. Punyalah tak sanggup duduk hospital lama-lama sampai saya sanggup menahan lapar asalkan kandungan gula tidak meningkat.

Nampaknya kali ini saya kena betul-betul disiplin dalam menjaga kandungan saya yang kelima. Ini yang akhir. Kesihatan saya tidak membenarkan saya untuk mengandung lagi di kemudian hari. Doakan saya dan kandungan berada dalam keadaan sihat dan sentiasa terpelihara olehNYA. Ada rezeki.. insyaallah tahun  depan saya bakal menyambut kelahiran orang baru..

@isza; Dah mula jadi penagih dadah tak bertauliah..