Orang selalu kata.. jangan buat andaian sendiri tanpa mengambil kira pendapat orang lain.
Permintaan yang tidak dipenuhi..
Ramai anak murid menjangkakan saya akan meminta mereka untuk menghasilkan kad ucapan sempena Hari Ibu ketika subjek Pendidikan Seni dan Visual. Rupanya begitu banyak permintaan. Anak-anak ini ingin menghasilkan kad ucapan sendiri dengan bimbingan daripada guru. Andaian saya, anak-anak ini tidak berminat kerana ia merupakan satu aktiviti ulangan yang dijalankan setiap tahun. Lagipun saya mengandaikan mereka mampu menghasilkannya sendiri kerana pernah diajar sebelum ini.
Cikgu salah.. murid pun salah. Cikgu tak bertanya dan anak murid pula tak meminta. Benda yang nampak remeh ini sebenarnya meninggalkan kesan. Sebagai guru saya memang terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan anak didik saya dan menghampakan mereka.