TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, April 14, 2012

Prihatinlah sangat

Adakah benar rakyat Malaysia ni prihatin?

atau..

Adakah kita sendiri mempunyai sikap yang prihatin?

Prihatin mempunyai maksud yang hampir sama dengan peka tapi tak serupa. Setakat peka belum tentu dia adalah individu yang prihatin tapi kalau individu itu mempunyai sikap prihatin automatik dia adalah seorang individu yang peka.


Rata-rata rakyat Malaysia masih mempunyai sikap mementingkan diri sendiri. Dengan perubahan zaman.. sikap mementingkan diri sendiri semakin menebal dalam diri.

Musim hujan..

Saya melihat sikap keprihatinan yang tiada dalam diri rakyat Malaysia terutama mereka yang memandu kereta. Dah nyata-nyata duduk dibawah bumbung diselubungi penghawa dingin yang nyaman.. masih tidak tahu bertolak ansur dengan mereka yang menaiki kenderaan tayar dua ataupun yang menggunakan kedua kakinya. Tidak dapat memahami sikap mereka yang susah sangat untuk beri ruang pada mereka yang berkenaan. Kena-kena pula waktu berada di simpang jalan. Kenapa tidak cuba meletakkan diri jika kita berada di tempat mereka?

Bukan susah punnn..

Setakat membenarkan warga tua ataupun ibu bapa yang sedang memimpin anaknya ketika melintas jalan bukannya satu perkara yang mebazirkan waktu atau pun wang ringgit. Kadangkala.. dah nampak... nyata-nyata mereka yang berkenaan  terkial-kial melintas ketika hujan.. masih lagi boleh memecut tanpa memberi peluang untuk mereka segera berlindung.

Mungkin mereka tidak pernah sesusah itu tapi tak mustahil mereka akan merasai pengalaman itu. Dunia ni kan berputar... nanti-nanti sampai giliran kita juga.