TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, February 20, 2012

Macam mana nak mengajar?

"Cikgu tiada suara jadi baca arahan yang cikgu tulis baik-baik.
Siapa buat bising.. sila keluar".

Kes tiada suara. Sememangnya suara aset penting bagi seorang guru. Tiada suara.. macam mana nak ajar? Kena beri arahan.. penerangan.. kawal kelas.. segala bagai. Memang tak pernah jerit dalam kelas suruh murid diam tapi kalau cikgu dah tiada suara.. sudah pastinya murid akan cuba cari peluang nak buat bising (cikgu tak dapat tegur). Nak tidak.. yang buat masalah akan terus dibawa tampil ke depan. Alhamdulillah.. hanya dengan menulis pernyataan di atas.. tiada seorang murid pun buat masalah. Simpati dengan cikgu agaknya.

Tanpa suara pun saya masih boleh kendalikan persembahan untuk Minggu Panitia Sains dengan baik. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi membantu. Cadangnya nak mc tapi tak sampai hati nak biarkan Minggu Panitia Sains dilancarkan tanpa sebarang persembahan. Alhamdulillah.. Big Boss puji setiap perancangan yang dijalankan.

Perlu rujuk doktor nampaknya. Kalau berterusan memang payah dan parah..