TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, February 6, 2012

Isu Produk RAMLY

Saya tak pasti sama ada isu ni sudah 'basi' atau masih diperkatakan. Namun, bila saya sendiri menerima kiriman email yang menyatakan frankfruter jenama RAMLY mengandungi DNA babi tentunya sedikit saya saya cuba mencari maklumat untuk mendapatkan kebenaran isu tersebut. Maklumlah, secara jujurnya saya mempercayai produk jenama Ramly. Agak ralat rasanya jika isu yang disebarkan ini betul dan memang tak dapat dimaafkan sama sekali.


Melayari lawan web http://www.ramly.com.my menemukan saya dengan jawapan kepada isu tersebut. Bagi sesiapa yang ingin dapatkan kepastian sila klik SINI. Bagi yang masih ragu-ragu.. lebih baik tinggalkan. Bagi saya pula.. selagi ada pengesahan JAKIM.. selagi itu saya mempercayai. Ketelusan JAKIM adalah tanggungjawab mereka untuk menjawabnya di 'SANA' nanti.