Selalunya.. bila anak buat salah, ada ibu bapa yang mengugut nak hantar anak ke balai polis. Konon-kononnya.. nak takutkan si anak tadi dan berhenti buat nakal. Polis dengan orang awam. Sebaik mana pun polis dan sebaik mana pun kita.. bila nampak polis.. sedikit sebanyak berdetik getar di dada.
Salah ke kalau ibu bapa betul-betul bawa anaknya ke balai polis supaya dapat pengajaran yang sewajarnya?
Anak-anak sekarang.. setakat ugut tu kadang-kadang bukan 'jalan' pun. Bawa sungguh-sungguh, biar dia rasa.
Kalau nak tahu polis memang ada sediakan khidmat masyarakat untuk ini. Tak tahu lah samaada di semua balai polis tapi di tempat saya memang ada. Anak nakal akan di'kaunseling' cara 'polis'. Tahan tak tahan je lah kita mendengarnya. Kalau tahan.. bertahan ke dalam balai tu. Kalau tak tahan.. tunggu je kat luar dan biar anak di'kaunseling'kan.
Sememangnya polis tak kisah pun jika anak dibawa untuk mendidik anak ini. Mereka akan membantu cuma dengan cara mereka.
Sebagai ibu bapa.. kita sentiasa mencari jalan supaya anak kita terdidik dan membesar menjadi 'orang'. Mungkin ada yang rasa tindakan 'merujuk' anak ke balai polis agak keterlaluan tapi kalau dengan cara itu dia mahu berubah tak salahkan? Kalau tak berubah juga.. cuba cara lain pula.
Mendidik anak sekarang.. setakat berbuih-buih mulut tu perkara biasa. Kalau tak berbuih mulut tu yang jadi tak normal.