"Alang-alang turun Johor biar sampai jumpa Mat Gebu" <--- Peribahasa baru
Dalam seminggu lepas saya ke sana ambil adik bongsu yang dah habis belajar dan bakal bergelar guru tak lama lagi. Dah alang-alang... ambil lah kesempatan bertemu Encik Mat Gebu dan pemilik blog Citarasa Rinduan... Ayu. Tapi... takda rezeki lagi untuk bertemu Ayu nampaknya. Tak mengapalah Ayu... nanti datang turun Ipoh jangan lupa singgah rumah saya.
Sedap nii..
"Orang lapar disajikan hidangan" <--- peribahasa baru lagi.
Serius cakap... masakan Encik Mat Gebu memang sedap. Kalau tak kerana malu (kononnya).. nak je saya hirup kuah ayam masak gulai dua rasa tu. Punyalah saya dan suami bermain teka teki ayam apa yang Mat Gebu masak ni. Rupa-rupanya.. memang ada rahsianya. Kalau nak tahu klik SINI.
Sambal tumis petai tu pula merupakan sambal tumis petai yang saya makan tanpa banyak songeh sebab sebenarnya saya tak suka petai tapi yang ni takda bau petai langsung dan memang kelas. Tah petai jenis apa lah yang Mat guna...
Yang telur dadar ni memang saya puji. Ini kerja orang beradun namanya. Siap dibentuk cantik-cantik je. Jangan tak tau.. ini bukan telur dadar biasa tapi ada keistimewaannya . Kalau nak resepi sambal tumis petai ngan telur dadar tu.. kliklah SINI
Apa-apa pun bebanyak terima kasih di atas layanan yang diberikan. Macam dah kenal lama dan jujurnya memang tak puas bersembang. Mungkin lain kali saya ke Johor semata-mata untuk ke rumah Mat Gebu sahaja. Baru rasa berbaloi agaknya.
Ini anak soleh yang beria-ia nak jumpa pakcik Mat Gebu masa dalam perut dulu. Sampai sebak ibu dia di buatnya. Hujung bulan 12 ni.. dah nak setahun. Nampak tak Encik Mat kat tepi tuuu? He3