TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, December 15, 2011

Entri diplagiat - Permohonan maaf

Mahu tak mahu.. saya terpaksa mengambil tindakan susulan apabila entri di blog Semekar Kasih telah digunakan secara berleluasa tanpa kebenaran dan tanpa meletakkan sumber. Apatah lagi ada di antara mereka yang berkenaan tidak mengaku bersalah mengambil hasil kerja saya dengan alasan memperolehi entri tersebut daripada blog lain dan bukannya blog saya. Untuk itu.. saya telah pun menghubungi pihak yang berkenaan (blog utama yang menjadi sumber rujukan).

Permohonan maaf telahpun saya perolehi melalu email di mana pihak yang berkenaan berjanji akan meletakkan sumber pada setiap entri saya yang telah mereka gunakan.





Blog ini telahpun berdaftar dengan tynt publisher tools. Sebarang kegiatan memplagiat hasil kerja saya akan dapat dikesan melalui penggunaan aplikasi ini.