TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, December 26, 2011

Edisi serbu rumah blogger

Suka-suka je nak serbu rumah orang kan? Serbu bukan sebarang serbu. Maklum tetap maklum. Silap serbu kang jadi malang 'Pak Kaduk'. Tuan rumah tiada kat rumah.. kan naya.

Lokasi kunjungan.. rumah blogger Kak Yong Habibah tuan punya blog kakyong[dot]com tu. Kak Yong ni antara blogger yang boleh tahan ilmu berbloggingnya. Maklumlah.. dia sentiasa belajar dan belajar dari masa ke semasa tentang dunia blog ni. Bukan macam saya yang 'hangat-hangat tahi ayam' semedang.

Kalau tengok gambar, saya ingatkan orangnya tinggi lampai. Tapi tang awet muda tu sudah tentu. Silap-silap orang ingat saya pula yang lagi tua daripada dia. Ramah orangnya. Kena-kena pula anak kami sama-sama kecil dan sedang membesar jadi memang dah sedia faham perangai anak-anak. Tiada protokol punya.

Tak sempat pula nak rakam gambar saya bersama Kak Yong. Kami ni nama je dekat tapi baru hari ini bertemu. Itu pun saya niat untuk terjah je rumah Kak Yong. Planning cantik-cantik belum tentu menjadi juga. Agak segan pula rasanya bila dua hero saya buat rumah Kak Yong seperti rumah sendiri. Suka-suka deme jer nak berkubang. 

Ini blog Kak Yong yang lagi satu. Klik SINI
(Pinjam gambar yer Kak Yong)


Nak kenal dengan Kak Yong? Klik je link kat atas ni. Kalau tak salah Kak Yong ni ada 3 blog yang dikhaskan untuk perkara-perkara tertentu. Kat blog Kak Yong ada segmen rerama berterbangan dan Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang . Jom sertai.