TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, December 30, 2011

Apa ke punya tajuk filem?

Dah lama nak tulis pasal benda ni tapi bila satu Malaysia dok riuh pasal filem Ombak Rindu... terbantut le sekejap. Dek kerana filem Ombak Rindu lah juga filem ni dikatakan tidak mendapat sambutan walaupun heronya orang yang sama. Orang kata... ditayangkan pada waktu yang kurang sesuaiii..


Bukan setakat waktu yang kurang sesuai tapi tajuk filemnya pun  tidak sesuaiii...

Mana nak sesuai? Kalaulah anak-anak tanya perkataan yang ada pada tajuk filem tu apa maknanya? Mahu jadi haru nak menerangkannya walaupun dengan sebaik-baik makna. Kalau ikutkan.. tajuk tu sebenarnya merujuk definisi yang mana satu? Secara jujurnya? 

Itu kalau anak-anak bertanya pada ibu bapa sendiri. Kalau sendiri yang 'search' maknanya? Arghhh.. lagi jenuh bebudak tu nak faham. Kena-kena murid-murid di sekolah sibuk tanya pada cikgu sebab bila dah 'search' pun tak faham. Agak-agak apa kesannya? 

'DATIN GHAIRAH'


ghairah
1. nafsu (keinginan) yang keras, cinta (berahi) yang amat sangat
Ayat: dia melihat gadis itu dengan penuh ghairah;
 
2. cemburu yang keras
Ayat: ghairahnya berombak-ombak melihat kelakuan isterinya;
 
3. penuh minat (keinginan, nafsu, dan lain-lain), mempunyai atau menunjukkan minat (keinginan dan sebagainya) yang keras atau meluap-luap
Ayat: anak-anak muda itu makin ghairah menyanyi;
 
4. mengghairahkan menimbulkan nafsu (cinta, cemburu, dan lain-lain) yang amat sangat
Ayat: memang kucing itu apabila berkasih-kasihan terlalu ghairah;
 
5. mengingini (mencintai, mencemburui) amat sangat
Ayat: ia ghairah kedudukan saudaranya itu;
6. keghairahan nafsu, percintaan, cinta berahi
 
7. kecemburuan 
8. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yang keras
Ayat: ghairah orang ramai menyertai koperasi yang menjanjikan kemudahan pinjaman kepada mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yang ternyata menangguk di air keruh
 
;pengghairah 
sesuatu yang (boleh) mengghairahkan.
sumber: http://dict.rewaz.org/search/browse/ghairah.re
Yang mana lebih tepat untuk mendefinisikan tajuk filem itu agaknya?