TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, November 17, 2011

Wang Bantuan Persekolahan - Tetiba jer nak mulut laser

Jangan tak sayang mulut. Sebab sayangkan mulut.. maka tak terlafazlah juga. Setakat bercerita di sini. Bukan tujuan mengaibkan sesiapa. Ambil pengajaran.. orang kata.. yang buruk dijadikan sempadan.

Tidak sedikit pun mempertikaikan pemberian dan penerimaan wang bantuan persekolahan tersebut. Yang dikesalkan hanyalah sikap individu-individu yang tertentu. Bukan semua. Segelintir sahaja. Walaupun segelintir.. tetapi bila melibatkan masa depan anak didik.. terdetik juga untuk berbicara.

Cerita bab duit.. siapa yang tak laju? Anak kecil sekarang pun dah pandai. Anak didik di sini pun kemain demand. Dah planning itu ini. Tak bagi mak ayahnya usik pun. Siap beri amaran keras lagi. Tak tahu.. nilai RM100 tu bukan cukup untuk melengkapkan keperluan persekolahan. Sekadar dapat tampung sedikit sahaja. Rasanya.. kalau benda ni berlaku pada zaman saya.. pasti saya tak tahu apa benda sedang berlaku. Anak sekarang.. lain sungguh!

Bab ibu bapa pula. Yang segelintir tu tak pernah nampak muka di sekolah pun. Datang pada Hari Terbuka untuk ambil rekod pelaporan anak pun tak pernah. Bertanya tentang keputusan peperiksaan anak pun tidak. Dah telefon suruh datang juga sebab ada hal yang perlu dibincangkan tentang masalah pembelajaran anak pun.. tak datang-datang.. TAPI.. bila bab duit.. dia orang yang pertama!

Boleh tak kalau kita nak menilai orang yang begini? Rasa simpati pada anak didik. Bila hal sebegini terjadi maka fahamlah yang tiada masa tu bukan masalahnya. Ibu bapa sebegini... memang jenis tak ambil berat hal pelajaran anak-anak. Yang nak isi borang pun tak tahu dengan alasan tak tahu menulis dan membaca. Setakat nama anak, nama sendiri dan nombor kad pengenalan.. takkan tak lepas? Nak dikategorikan sebagai apa sebenarnya? Belum masuk ibu bapa yang bercerai.. masing-masing sibuk datang menuntut. Anak yang tak habis-habis jadi mangsa.

Apa-apa pun terima kasih kepada pihak kerajaan yang sudi memperuntukkan wang bantuan persekolahan untuk rakyat Malaysia. Orang kata.. yang anak ramai tu untunglah. Mana ada untung ruginya di sini. Semua itu rezeki anak. Anak ramai.. besar pula belanjanya. Berpadananlah tu.Tak gitu?