Sampai dah pucat mukanya. Pantang ditegur.. terus sentap sampai taknak rehat.. taknak makan.. segala bagai. Kesnya.. dia ni memang selalu tak buat kerja yang guru beri. Dalam kelas pun tak.. kerja rumah lagilah. Buku tak pernah ada. Percaya tak.. dia ada beg jer. Pensel pun tak mandang..
Dah nak dekat akhir tahun.. cikgu mana yang tak marah? Kena marah.. terus mogok! Berapa ramai cikgu yang cuba pujuk.. dia buat dek jer walaupun muka dah naik putih!
Kalaulah jadi apa-apa.. cikgu juga yang salah kan? Cerita sebenar orang tak tahu. Nanti muncullah pelbagai versi.
Saya dah tak mengajar dia. Ada cikgu lain yang ambil alih tugas saya. Masa dengan saya.. pernah saya bawa jumpa PK HEM sebab tak pernah ada buku. Jawapan dia.. "Mummy yang susun beg... mummy tak letak buku tu..". Bila telefon maknya.. jawapannya.. ": Saya yang susun beg dia.. bukunya tak pernah ada sebab kawannya ambik!"
Tengok anak-anak punya jawapan. Temberang sana.. temberang sini. Dengan cikgu.. maknya salah.. dengan mak.. kawannya salah. Kalau ikut logik.. takkan lah dari tahun 1 sampai tahun 2 kawannya asyik ambil buku dia? Anak tu jadi apa bila kawan ambil buku? Tunggul? Kalau percaya cakap anak tu.. kenapa tak ke sekolah mengadu? Kenapa biar jer?
Cikgu bukan buat apa di sekolah. Mengajar jer.. bukan susah. Kalau tak tahu dan tak duduk di tempat ini... ada mulut.. DIAM.
Boleh.. kami boleh mengajar jer. Murid tu nak dengar ke taknak ke.. nak bersilat ke.. berkuntau ke.. kami biarkan dan terus mengajar. Boleh macam tu? Hujung bulan.. dapat gaji juga.
Tak payah fikir jauh... anak yang berapa kerat pun kadang-kadang tak terkawal.. ini kan kami yang mengadap beratus-ratus jenis perangai di sekolah ni. Dalam menuntut hak.. kami tak kacau orang tapi ada juga yang sibuk nak bersuara memprotes.
Bila kami bercerita orang kata.. "Elehhh.. itu pun nak bising.. dah tanggungjawab kan?!"
Manusia-manusia~
isza - Ni namanya.. tegur-tegur manja...