Ketar kepala lutut!
Bukan kerana terlampau marah. Tak marah pun. Tindakbalas tanpa sedar. Tahu-tahu dah mengeletar jer rasa. Pertama kali terjumpa dengan entri sendiri yang diplagiat. Yang tak jumpa tu lain cerita. Masa mula-mula baca.. tak berapa perasan tapi bila dua kali tengok gambar dalam entri.. eh-eh.. ni saya punya idea ni.
Terus jer cari entri yang sama dalam blog sendiri. Entri di bawah label belajar matematik di copy bulat-bulat tanpa sebarang perubahan termasuk warna. Tang gambar tahu pula dia hilangkan link.
Bagi saya ini risiko biasa yang harus ditanggung bila bergelar blogger. Tiada keupayaan untuk menghalang kecuali menegur. Tak sampai hati pula saya nak tegur di ruangan komen dia ataupun di kotak shout box. Sekadar menghantarkan pesanan menggunakan medium yang lain. Setakat ini.. belum ada apa-apa respon.
Isu plagiat isu yang tak pernah sudah. Kadangkala mereka yang terlibat baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog dan masih mencari identiti tersendiri. Mungkin mereka "budak baru belajar' jadi "ada salah kita tolong betulkan".