Tah bila-bila lah wujud Angry Fish ni? Ni semua pengaruh Angry Bird lah niii. Semua binatang dah jadi angry. Jenuh juga kalau semua binatang dah mengamuk..
Inilah rupa Angry Fish versi bulu mata lentik!
Aktiviti Pendidikan Seni Visual tahun 3
Bidang A - Mengambar
Kolaj
Bahan-bahannya:
Kertas lukisan
Surat khabar
Gunting
Gam
Duit syiling 10 sen
Pensel warna
Langkah-langkah:
1. Lukis bentuk asas ikan.
2. Gunting surat khabar mengikut bentuk duit syiling 10 sen.
3. Tampal hasil guntingan pada badan ikan menjadi sisik ikan (gam hanya disapukan separuh daripada bulatan)
4. Warnakan hasil
Contoh hasilan yang lain
Ini versi senyum ada makna..
Yang ini versi ekor kipas mengipas..
Ini paling sesuai untuk contoh melabel atau nak ajar anak-anak tajuk sifat-sifat fizikal ikan..
Ini versi pakai lipstik.. bibir merah menyala..
Anak-anak ni kreatif kan? Mereka hanya perlukan bantuan orang dewasa dalam menginterprestasikan idea mereka.