TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, September 29, 2011

Yang tengok dan dengar ni pun cair..

Apalagi yang berdepan.. mana tak lentok! 

Yang mengayat... walau tak seiras Shah Rukh Khan dan tak setaff Ben Ashaari tapi.. dengan hidung yang terpacak dan bulu mata yang kalah bulu mata unta.. mempamerkan aset yang ada. Belum masuk tenungan yang tajam menikam menusuk kalbu. Sambil mendongkat dagu dengan suara manja ala-ala getar merayu.. tujuh hari tujuh malam.. kalau dah serupa itu selalu..?

Yang gadis.. selama ini jarang sekali orang memuji. Walau sekadar... "Hai adik manis...", paling-paling tidak.. bayangan menjadi igauan setiap hari. Kalau setiap hari menatap matanya... memang wujudlah cinta itu buta. Tak peduli lagi perbezaan ideologi.. malah sanggup jika di keji.

Penangan abang bangla memujuk rayu...

Saya pernah melihatnya secara berdepan. Mujur bukan saya yang menjadi mangsa rayuan. Tiap-tiap hari Mat Bangla tu akan singgah ke gerai gadis ni. Sambil gadis melaksanakan tanggunjawabnya yang kadangkala ada waktu senggangnya.. Mat Bangla ni berbual macam pasangan dalam kelambu. Sesekali terdengar hilai tawa antara mereka. Hati telah berbunga. Perempuan... nak jaga perempuan.. jagalah hatinya dan saya akui... Mat Bangla memang pakar bab tu (sebelum kahwin.. dah kahwin tak tahu).

Bila gadis memilih Mat Bangla sebagai pasangannya.. ramai lelaki yang tak senang duduk. Orang kata.. macam dah takda bangsa sendiri. Lelaki Melayu tak pandai jaga hati perempuan. Mat Bangla tahu itu dan mula ambil peluang..

Walaupun orang kata jodoh pertemuan di tangan Allah.. penangan Mat Bangla selalunya ada udang di sebalik mee. Tak mahu anak gadis kita menjadi mangsa permainan yang dicaturkan tapi kita sendiri pun tak pandai mengambil hati gadis ini.

Jadilah kes yang habis tak sudah.. berulang.. pi mai..pi mai.. itu lagi..