Badannya boleh tahan. Setakat nak dicubit-cubit pipinya yang montel.. pasti takda hal. Butang baju sekolah pun ngam-ngam sahaja. Kalau lasak sikit.. nampaklah dada.
"Dah sunat ke belum?', saja jer saya mengatal bertanya kepada anak didik yang seorang ni. Sambil menunggu dia siapkan kerja sivik yang saya berikan.. saya menganggu dengan sembang-sembang kosong.
"Taknak bagitaulah cikgu...", ujarnya.
Jawapan selamat. Macamlah cikgu tak tahu apa maknanya kalau jawapan yang itu diberi. Belum sunat lagilah tuuu.
Kawan di sebelah mula menyampuk, " Tak sunat lagi?!"
Eleh.. berlagak pula dia. Mentang-mentanglah dia dah sunat. Majoriti murid lelaki dalam kelas ini pun dah bersunat.
"Cikgu.. kalau bersunat... nanti kulit tu tumbuh balik tak?
Udah. Tu lah pasal. Siapa suruh pergi kacau murid yang sedang tekun menyiapkan kerjanya.
"Mana ada tumbuh balik! Jadi macam tu jer lah. Yang tumbuh nanti.. b*l* jer. B*l* tumbuh sikit-sikit pastu akan jadi banyakkk!
Yang menyampuk pula jadi cikgu. Yang bertanya.. terbeliak jer mata mendengar.
Eh... eh.. budak ni.. selamba dia jer cerita pasal b*l* depan cikgu dia.
Memang saya dengar rasa nak pengsan. Pengetahuan anak zaman sekarang memang dah ke depan. Nak marah... dia kelihatan menyampaikan informasi. Bagi dia.. perkara itu pengetahuan. Dia tak tahu pun ianya satu perkara yang patut kategorikan sebagai 18SX.
Agaknya.. begitulah sifat ingin tahu seorang anak yang sedang membesar dan sebagai orang dewasa kita tak patut menghalang. Cuma.. kita perlu pantau dan maklumkan yang mana berada di sempadannya dan yang mana pula melampaui batas.
Kalau dulu-dulu.. mahu murid tu dah kena lempang.. tapi zaman dah berubah. Didiklah anak mengikut zaman semasanya dan bukan membandingkannya dengan zaman kita dulu-dulu.