TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, September 18, 2011

Tak usahlah letak bedak kat *****

Saya terpanggil menulis isu ini bila melihat sikap segelintir ibu-ibu atau pengasuh anak kecil yang cukup suka menaburkan bedak di bahagian kemaluan bayi. Tah atas alasan apa sekalipun saya kurang pasti. Kalau disebabkan alasan sebagai wangian selepas bayi mandi atau selepas bayi menunaikan hajat.. saya rasa.. tidak perlu sama sekali. Cukuplah menaburkan bedak pada bahagian badan bayi dan sapukan sedikit di bahagian mukanya.

Dari segi perubatan.. penggunaan bedak talkum memang tidak digalakkan sama sekali. Bedak talkum biasanya diperbuat daripada kombinasi zink stearate, magnesium silika, dan juga silika-silika lain yang dikisar halus membentuk sebuk halus. Saiz serbuk yang terbentuk pula sangat-sangat lah halus sehingga ianya mudah ditiup angin seperti habuk dan yang mengejutkan ialah ia boleh masuk jauh sehingga ke kawasan paling kecil di dalam paru-paru!

Antara kesan buruk penggunaan bedak talkum ialah kawasan sekitar kulit akan menjadi hitam (terutama paha kerana berlakunya aktiviti pergeseran). Kesan hitam ini pula bukan mudah untuk dihilangkan dan selalunya akan kekal selama-lamanya (kalau hilang pun sedikit dan masih nampak kesannya). Selain itu, bedak talkum boleh menyebabkan pneumonia, pembengkakan saluran pernafasan dan juga kematian bayi! Mungkin kes yang terpencil tapi sudah tentunya kita tidak mahu termasuk dalam statistik yang terpencil itu.

Kesan buruk yang paling menakutkan ialah penggunaan bedak talkum pada bayi perempuan dikatakan sebagai penyumbang kepada kanser ovari! Klik SINI untuk bacaan lanjut. 

sedikit sumber diperolehi daripada SINI