Kurus tetiba. Banyak pendapat yang kata.. kalau kurus secara mendadak.. tanpa amalan diet.. cepat-cepatlah check kandungan gula. Selalunya mesti dah kena kencing manis... tahap ketiga. Tahap ketiga tu.. bacaan gulanya paling-paling kurang 30mmol ke atas.
Selalunya pada tahap ini terdapat beberapa 'hint' yang diberi seperti mata kabur secara tiba-tiba, merasa haus secara melampau, badan tak bermaya, malas, letih, lesu dan ginjal gagal menjalankan fungsinya dengan baik.
Dalam beberapa kes, pesakit kencing manis tahap ketiga tidak dapat mengesan kesakitan jika sesuatu berlaku pada kakinya. Ada kes kaki terpijak paku tetapi tidak disedari oleh pesakit. Pesakit hanya sedar bila melihat darah berlumuran di merata-rata tempat.Dalam kes yang lagi satu, pesakit melepuh kakinya bila tak dapat merasai kepanasan yang melampau ketika menggunakan bengkung elektrik Akibatnya.. kaki pesakit mula luka dan bernanah.
Selalunya.. pesakit kencing manis tahap ketiga akan diarahkan untuk mengambil suntikan insulin. Sila rujuk pakar untuk mengetahui tahap kesihatan anda.
# Selama ni dok pantau diri sendiri.. rupa-rupanya gula dalam badan suami lagi tinggi. Semuanya gara-gara kurus tetiba.