Perut rasa buncit semacam. Bukan mengandung. Bukan juga akibat kurang berbengkung. Lain macam buncitnya. Penuh.
Kadangkala sakit seperti menyentap-nyentap. Memang tak sedap hati. Kena pula hormon badan yang memang tak normal. Memang bersedia jer jika ada sebarang penyakit yang berkaitan hormon menyerang. Bukanlah meminta... tapi.. belajar bersedia. Kalau tiada apa-apa.. alhamdulillah.
Memang tepat pun apa yang dijangka. Ada cyst sebesar bola pingpong. Mula-mula doktor agak keberatan nak scan. Dia syak penyakit lain. Bila dimaklumkan saya belum 'period' sejak bersalin hari tu.. baru doktor akur. Memang jelas. Dalam lingkungan 3 cm diameternya.
google
Sepengetahuan saya, cyst tidak merbahaya walaupun tak mustahil untuk bertukar menjadi kanser (kes terpencil). Tiada ubat khas untuknya. Jika cyst makin membesar... pembedahan adalah jalannya dan dalam kebanyakan kes lain.. cyst akan menghilang begitu sahaja. Yang penting.. bila hormon badan stabil.. insyaallah.. semuanya okey.
Untuk menambah pengetahuan.. boleh layari sini untuk maklumat lanjut.. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitS/Sista%20Ovari.pdf