Rata-rata antara kita memang dah tahu dah taktik ni. Kalau nak kelaskan dalam taktik lapuk pun takde hal walaupun masih dok ulang guna pakai setiap kali adanya sale. Diskaun kaw-kaw konon padahal harga naik berganda pastu letak diskaun yang kononnya berganda juga.
Ada sesiapa tak yang pernah tanya pada pihak yang berkenaan kenapa guna taktik ini?
Nak dijadikan cerita.. waktu shopping tempoh hari.. ada ler satu baju tu yang saya memang dah 'aim' lama dah. Dalam terkial-kial membelek harganya datang seorang jurujual.
"Yang ni.. lepas diskaun harganya RM45.91", ujarnya.
"Harga asal berapa?", sibuk juga nak tanya padahal saya memang ingat harga asalnya.
"Harga asalnya RM56.90", balasnya.
Apa ke %^&$*&. Hari tu harga asalnya cuma RM49.90. Nak bagi diskaun punya pasal.. naikkan harga dulu.
Tak puas hati punya pasal.. saya cuba mencari jawapannya. Dan jawapan yang diperolehi ialah..
Memang protokolnya begitu.. kalau nak buat sale.. kena naik harga dulu baru bagi diskaun tapi harga selepas diskaun masih murah berbanding harga asal.
Protokol mana yang diguna pakai tah. Kalau macam tu.. letak jer harga asal.. bagi diskaun sikit-sikit pun takpe daripada menipu.
Benda ni dah lama berlaku dan semakin berleluasa. Pengguna mana ada hak? Awak suka.. awak beli.. tak puashati.. angkat kaki!