Kalau tumbuh bisul.. memang sakit. Kena-kena pula.. bisul ni memang suka tumbuh di tempat yang sensitif. Tak senang duduk dibuatnya. Orang kata.. bisul ni darah kotor. Orang laki yang selalu kena bisul berbanding orang perempuan.
Sebabnya?
Cara atasi bisul..
Paling mudah, berkesan, mujarab dan tidak melibat sebarang kos.
Guna daun bunga raya. Lebih elok yang bahagian pucuknya. Cincang atau tumbuk sampai keluar lendir daun (daun hancur) dan letakkan pada bisul tadi. Tapi... kena tunggu bisul tu masak ranum dulu. Kalau baru tumbuh tak menjadi.
Hasilnya... darah dan nanah akan hilang dan bisul terus mengecut. Memang berkesan.
Ada petua yang lain? Jom kongsi bersama..
* Budak kecik tumbuh bisul kat kepala. sian dia..