TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, July 25, 2011

Kisah dan tauladan

Dah lama nak kongsi cerita ni. Mungkin ada yang dah tahu dan tak mustahil ramai juga yang tak pernah dengar lagi. Sesuai benar kalau diceritakan kepada anak-anak. Selitkan sekali pengajaran di sebalik cerita.


Kenalkah kita pada Nabi Musa? Untuk penambahan ilmu semua, Nabi Musa merupakan satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah. Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.

Dipendekkan cerita, sampai jua Nabi Muda di tempat berkenaan. Setibanya di rumah berkenaan, pemuda itu sedang sibuk menguruskan sesuatu. Dia masuk di dalam bilik dan kemudian keluar sambil membawa seekor babi betina. Babi itu di dukung dengan cermat dan penuh kasih sayang. Nabi Musa mulai hairan. Setelah itu, pemuda berkenaan memandikan dan dan dilap hingga kering babi bertina berkenaan. Kemudian dibawa masuk ke dalam bilik. Seketika, muncul lagi pemuda itu dengan seekor babi jantan yang lebih besar. Seperti tadi, babi itu dicium dan ditatang dengan penuh kasih sayang.Setelah dimandikan, babi tersebut dihantar ke bilik kembali.

Setelah itu, baru lah dia berkesempatan untuk melayan Nabi Musa.

"Wahai saudara, apa agama mu."

"Agamaku tauhid," yakni Islam.

"Mengapa kamu membela babi, kita tidak boleh berbuat begitu"

"Mereka adalah ibu bapaku. Kerana mereka telah melalukan dosa yang besar maka Allah menukarnya menjadi babi yang hodoh rupanya. Namun itu adalah urusan mereka dengan Yang Maha Esa, aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku sepertimana yang kamu lihat tadi. Saban hari aku berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku," rintih pemuda berkenaan.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ''Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
sumber cerita: carian internet..

Memang sukar untuk kita bertemu dengan anak yang mempunyai sikap yang sebegini apalagi pada dunia akhir zaman ni. Yang menyalahkan ibubapa atas apa yang berlaku pada dirinya tak terkira. Yang menunaikan tanggungjawab dengan sempurna entah di mana.

Begitu ramai anak yang membalas dendam terhadap apa yang pernah ibubapanya lakukan dengan alasan itulah balasan atas sikap ibubapa mereka yang keterlaluan. Bukan sedikit anak yang mengabaikan ibubapa yang sebegini. Meninggalkan ibubapa mereka terkontang-katnting ataupun paling tidak dihantar ke rumah Sri Kenangan. Yang paling memilukan.. menzalimi ibubapa sendiri dengan meletakkan mereka sebagai kuli.

Sejahat mana pun ibubapa itu.. itu urusannya dengan Allah s.w.t. Sebagai anak... tunaikan kewajipan dengan sebaik mungkin. Apa yang kita lakukan pada ibubapa kita tak mustahil akan berlaku pada diri sendiri. Akhirnya perkara seperti ini hanya akan menjadi 'makanan' keturunan yang seterusnya.

Sampai bila?

Ambil langkah hindari dari merosakkan generasi sendiri.