TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, July 12, 2011

Acu pistol

Bila murid ambil exam.. cikgu yang gelabah gaban puyuh. Bukan setakat 'ada rama-rama dalam perut'.. macam acu pistol kat kepala sendiri. Tinggal nak petik atau tidak pemacunya..

Kadang-kadang terfikir juga. Masa kecil-kecil dulu beginikah kita? Bila jawab soalan exam.. bagi masa satu jam.. 20 minit dah siap. Bila ingat-ingat semula.. takde pun. Nak ke tandas pun terkepit-kepit. Punyalah sayang masa yang ada untuk jawab exam. Hingga detik yang terakhir...

Murid sekarang.. selagi laju. Tah apa-apa dijawabnya walaupun soalah sehabis mudah. Termenung juga. Jawapan yang diberi macam cikgu tak pernah ajar. Diri sendiri yang salah sebab objektif tak berapa nak sampai atau memang sikap murid sekarang yang suka buat perkara sambil lewa?

Ibubapa diluar sana.. pantau anak-anak. Ingatkan mereka supaya guna masa yang diberi masa exam sebaik-baiknya. majoriti murid akan menjawab soalan dalam masa 20 minit sahaja. Tanpa semakan.. tanpa pembetulan. Tutup kertas... buat dek...

Agaknya.. banyak sangat ujian sampai murid pun tak rasa dah debarannya. Kalau zaman saya dulu.. dengar perkataan ujian dah kecut perut.

Paling tak tahan.. kalau cemerlang..

"Saya tuisyen cikgu.."

Memang agaknya cikgu tak pandai mengajar..