TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, June 30, 2011

Perintah berkurung

Macam ibu tiri yang kejam dalam cerita dongeng dulu-dulu rasanya. Bercerita tentang ibu yang kejam.. jangan ibu tiri sahaja dipersalahkan. Dunia sekarang.. ibu kandung pun kadangkala lebih dari ibu tiri lagi.

Nak buat macamana. Terpaksa..

Pekak jer telinga mendengar rintihan panglima-panglima yang ada. Geram juga bila kebebasan yang diberi disalah guna walaupun sebenarnya anak-anak ni tak faham pun kenapa mereka dihukum. Nak pantau selalu pun tak dapat. Ligat kalah lipas kudung. 

Terpengaruh..

Itu yang tidak diingini berlaku. Rakan-rakan memang faktor utama dalam mempengaruhi pemikiran anak. Dengan perintah berkurung.. anak tak terpengaruh dan tidak bertindak mempengaruhi.

Tapi.. bila difikirkan semula.. elok ke mereka membesar dengan cara yang begini?