TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, June 29, 2011

Berbaur

Entah apalah yang ada dalam fikiran sekarang. 

Runsing... buntu...

Semuanya bercampur-baur...

Duit hilang RM50 tanpa disedari. Kalau tidak kerana bebudak lain yang jadi tukang sampai. Sampai sudah tak tahu apa yang berlaku.

Bebudak setaman ni mengugut anak saya si Angah. Kalau tak bagi RM50... mereka nak pecahkan tayar basikal Angah. Akibatnya.. Angah yang berusia enam tahun bertindak mengambil duit saya diam-diam. Selamat dalam genggaman bebudak yang mengugut.

Berani betul bebudak sekarang. Taman perumahan kat sini bukanlah besar mana pun. Lambat laun...pusing-pusing.... benda macam ni mesti sampai kat telinga. Rahsia terbongkar..

Saya tuntut duit saya kembali kat bebudak tu. Mula-mula malas nak kecoh-kecoh. Sedar juga salah diri sendiri yang lalai menjaga barang peribadi hingga memberi peluang untuk Angah bertindak. Yang seorang berjanji akan memulangkan semula RM10 yang telah diguna. Yang seorang memulangkan baki sebanyak RM22 dan berjanji membayar bakinya nanti.

Bangkai yang tak dapat ditutup dan berjaya dihidung oleh salah seorang ibu kepada bebudak yang terlibat. Kecohlah setaman. Heran juga bila mata masih tak terbuka dan akal tak menjangkau fikiran. Kawan-kawan anak dia juga yang dipersalahkan. Terjerit-jeritlah ibu tadi marahkan kawan anaknya dengan menuduh mereka yang memerangkap anaknya.

Duit tu memang nyata-nyata dalam genggaman anaknya. Bukan bebudak lain yang suruh simpan. Memang anak dia sendiri yang ambil dan guna. Susah sangatkah ibu tadi nak nampak? Kalau benar anak terperangkap.. kenapa anaknya tak pulangkan semula RM50 tu? Cuba juga beri 'hint' tapi orang tak mahu terima hakikat ni memang payah.

Saya akui Angah ni agak sukar dikepung. Selalu jadi mangsa keadaan. Tak kena buli... kena tuduh. Kawan pula dengan bebudak yang usia lebih tua dari dia. Pernah juga mak bebudak lain yang kata Angah yang ajar anak mereka jadi nakal. Saya tahu Angah nakal tapi kalau budak umur 6 tahun dipersalahkan kerana tindakan budak yang berumur sembilan tahun ke atas.. apa cerita?

Kalau ikutkan hati... kunci jer bebudak ni kat rumah. Tak payah main.. habis cerita.. kepala pun tak pening. Bagi kita.. anak orang pun anak kita tapi orang lain tak begitu pula..

Rasa macam gagal jadi ibu~