Memikul tanggungjawab ini memang tak semudah seperti yang tak semudah disangka. Kalau perumpaan boleh diberi umpama senget sebelah bahu.. tanggungjawab ini meletakkan senget kedua-dua belah bahu.
Saya bersyukur kerana terpilih untuk memikul tanggungjawab ini. Sememangnya pengalaman selama 17 tahun termasuk di maktab banyak mendidik saya untuk lebih memahami dan menghargai kerjaya ini. Pengalaman adalah GURU yang paling bermakna.
Terus terang.. jika bukan ini kerjaya pilihan saya.. mungkin saya masih hanyut dalam kenikmatan dunia. Berkecimpung dalam dunia ini bukan setakat memberi kenangan manis tapi turut terpalit luka yang hampir mencalarkan imej.
Bila kita berbalik pada niat.. insyaallah segala urusan dan rintangan pasti dapat di atasi.
TABAH adalah satu nilai yang perlu dipegang kuat oleh mereka yang bernama GURU.
Saya akui saya bukan seorang GURU yang cemerlang. Saya tidak mampu memberikan 100% komitmen saya pada kerjaya saya kerana ada perkara penting berada di depan sebelum kerjaya. Namun.. saya mampu memberikan 200% komitmen saya jika ianya melibatkan pendidikan anak didik saya.
Menilai GURU yang cemerlang adalah sesuatu yang subjektif tapi bila apa yang di nilai di spesifik.. yang berkesan di hati hanya sekadar melukut di tepi gantang.
Dunia sekarang - Pandangan itu lebih jelas dengan mata dan bukannya mata hati~
Terima kasih untuk ingatan dan ucapan.