Tak pernah dibuat bila terpaksa menyiapkan pelbagai kerja dalam satu masa. Bukan kerana buat kerja last minute. Semuanya gara-gara tarikh dateline di awalkan sebulan ke depan.
Dalam satu masa nak siapkan soalan-soalan peperiksaan yang melibatkan matapelajaran matematik tahun 3, sains tahun 2, pendidikan moral tahun 3 dan dua soalan assignment yang berjumlah tidak kurang 5000 patah perkataan.
Nak kata semput pun sampai takdan nak semput. Alhamdulillah.. anak-anak memahami kesibukan ibunya. Yang anak kecil ni.. sampai merajuk tak tidur bila ibu pos kat rumah jiran sekejap gara-gara nak siapkan assignment.
Cabaran yang memang dijangka tapi tak pernah diduga. Dan jugalah jadi insan yang melompat-lompat bagai tak cukup tanah.
Dek kerana kerja gila juga.. mood berblogging hilang ke laut. Rasa nak letak jawatan jer..