Kes bayi tersedak susu dikatakan kes terpencil dan hanya sesekali sahaja melibatkan kematian. Namun begitu ianya tidak boleh dipandang ringan kerana risiko kelalaian bakal meragut satu nyawa. Bagi yang tidak mengetahui puncanya.. agak pelik juga bila mendengar bayi tersedak susu boleh menyebabkan maut sedangkan susu hanyalah sejenis cecair. Ketahuilah kenapa bayi boleh tersedak susu..
google
Fisiologi bayi
Ianya berkaitan dengan keupayaan bayi untuk menelan. Ibubapa perlu tahu yang keupayaan bayi untuk menelan berbeza mengikut peringkat umurnya. Pemberian susu yang berlebihan melalui pengaliran susu pada lubang puting susu yang tidak bersesuaian dengan peringkat umurnya bakal membahayakan diri bayi.
Cara pemberian susu
Pastikan bayi berada dalam keadaan tenang ketika menyusu. Reaksi bayi seperti menangis atau ketawa boleh mendatangkan risiko bayi tersedak susu. Elakkan mengagah bayi ketika bayi sedang menyusu. Kedudukan kepala bayi juga harus diambilkira. Tinggikan sedikit kepala bayi dari badannya dengan mengalas kepala bayi dengan tangan ataupun bantal.
Penyakit asma
Bayi yang mengidap penyakit asma lebih berisiko untuk tersedak susu kerana sering mengalami sesak nafas.
Yang pasti.. apa pun puncanya.. kelalaian bakal mendatangkan kemudaratan. Pantaulah bayi ketika bayi menyusu dan selepas menyusu.