TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, April 12, 2011

Bolehkah madu tinggal serumah?

Ada pula orang mengooglenya dan tersesat di blog Semekar Kasih ni. 

Boleh ke?

Setahu saya.. tak salah tapi tak digalakkan. Lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan kata orang. Lagi pun manakan menjadi rahsia rumahtangga masing-masing bila tiada lagi rahsia antara madu-madu ni.

Kalau ikut kemampuan yang sering orang tekan-tekankan.. patutnya setiap madu disediakan rumah masing-masing kan? Berhampiran itu lain cerita pula.

Poligami ni isu yang tak pernah sudah. Kalau orang kata 'Makan tak habis'.. sepatutnya kenyang sentiasa. Kalau dah penuh perut jawabnya adalah risiko yang menanti untuk ditanggung.

Saya pernah lihat seseorang yang menonyoh muka madunya dengan cili yang siap ditumbuk. Seorang macam singa.. seorang lagi leput jer. Susah hati juga bila tengok dua perempuan yang bergaduh kerana seorang lelaki. Yang perempuan hidup tak tenang sakit hati tapi lelaki tetap dengan diri dia juga.

Jangan gaduh-gaduh jika bermadu. Yang perit tetap perit tapi semuanya pada hati sendiri. Kalau nak terus meletakkan rasa sakit hati dalam hati.. yang tak tenang hanya diri sendiri..

Paling utama.. janganlah anak-anak yang akhirnya menjadi mangsa..