TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, April 4, 2011

ANUGERAH BINTANG POPULAR - SAPU BERSIH!

Tak ingin bercerita tentang keputusan Anugerah Bintang Popular. Sememangnya.. yang menang tu popular belaka. Tak kisahlah samaada ianya popular kerana bakat atau kontroversi.. yang nyata pemilihan di tangan peminat sebagai pengundi.

Yang namanya perempuan.. mata tertarik dengan pilihan pakaian yang tersarung indah di tubuh artis jelita. Antara tak cukup kain atau meleret berjela... lip-lap lip-lap tak berkelip mata.

Orang selalu kata.. tak payah sapu dewan selepas habis anugerah. Dah sapu bersih semuanya.

Gayat melihat.. samaada takut terpijak oleh orang lain.. atau diri sendiri. Takut hilang seri.

Apa-apa pun pemenang anugerah bintang popular sememangnya boleh dijangka kecuali untuk tahun ini.. agak terkujat juga rasanya bila Sam menang Anugerah Bintang popular.

soksek2: Nak cari sponsor baju untuk Hari Guru nanti. Ada sesiapa nak sponsor baju fesyen sapu bersih?