Banyak betul penyakit yang membusuk dalam diam sekarang ni. Menyerang tak mengenal jantina dan usia.
Bila melihat jari kaki seseorang yang hampir dengan saya dipotong menjadikan saya begitu sebak. Hilang gelak ketawanya walaupun saya cuba mengembirakan hatinya.
Mak mertua tersayang. Kalau dulu... pasti senyuman itu pasti tidak lekang di bibirnya. Berat mata memandang.. berat lagi jiwa yang menanggung.
Bila mak mertua saya mengadu yang kakinya bengkak dan terasa sakit.. memang saya dah cadangkan supaya mak memeriksa kandungan gulanya. Tak sangka pula memang itulah puncanya. Mak ada kencing manis dan jari kaki mak dah mula membusuk seminggu selepas itu.
Pada awalnya.. hanya jari kelingking saja dipotong tapi mak terpaksa menjalani pembedahan kedua yang mengakibatkan kaki manisnya turut menjadi mangsa.
Terbaru.. doktor nak potong sampai keting! Kami adik beradik cuba memujuk mak untuk mencari alternatif lain. Ramai di luar sana yang pulih tanpa menjalani pembedahan. Hilang jari boleh lagi diterima tapi hilang kaki?
Setiap adik beradik main peranan. Apa sahaja yang disyorkan.. kami cuba agar kaki mak sembuh.
Saya? Menyediakan air daun misai kucing yang perlu diblender terlebih dahulu bagi memperolehi airnya. Ada seseorang yang kakinya turut hampir dipotong memberi cadangan ini. Hasilnya.. kaki dia selamat dan hanya sembuh dalam masa seminggu.
Kandungan gula dalam darah mak tidak terlalu tinggi tetapi tidak stabil. Asalnya.. kaki mak hanya luka kerana dimakan air. Akhirnya merebak dan membusuk dalam diam.
Saya masih perlu mengambil suntikan insulin tapi saya tangguh dahulu kerana menyusukan anak.
Risau~