Bila bercerita tentang nombor enam, teringat cerita enam jahanam. Memang jahanam punya enam jahanam. Tak lupa juga pada cerita keluarga tunggang terbalik.. keluarga 69. Memang pening dibuatnya. Yang pasti walau ada yang tidak logik tapi tidak jemu ditonton.
Penambahan nombor hasil sifir 6 memberi satu pola yang menarik.. cubalah..
gambar: google
Tarikh lahir saya 26 (ada enam di situ) dan Along lahir pada bulan enam. Yang baru saya perasaan.. nombor rumah saya sama dengan tarikh lahir saya.
Suami: Ibu kamu ni.. anak baru tiga dah jadi pelupa.. belum ganda (mungkin tidak.. kuota tinggal 1 jer)
Saya: Mana tak lupa abang.. enam dah putusnya...
Apa yang enam putusnya? Urat ingatan saya. Kata orang.. seorang ibu akan putus dua urat ingatan saat melahirkan anak lelaki dan satu urat ingatan ketika melahirkan anak perempuan.
Saya ada tiga orang anak soleh. Kan enam putusnya.
Setakat mana kebenarannya? Takda pula saya buat kajian. Yang pasti.. itulah yang orang lama kata.
Helah bela diri supaya cik abang tak marah-marah. Kadangkala kita perlu tunjukkan kekurangan supaya hubungan tetap terpelihara. Campak jauh tiga huruf tuuu ---> EGO.