TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, March 31, 2011

Bilik Guru terbakar - Kita bako jer.. kita bako

Semalam dalam sejarah bila sekolah tempat saya berkhidmat terbakar pada jam 3.15p.m. Alhamdulillah.. tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

 Meja dan kerusi yang rentung. Dengar cerita barang yang penting bagi seorang guru turut hangus dalam kebakaran ini.
 Bilik guru masih terbau asap pagi tadi. Bilik yang dipenuhi dengan pelbagai benda yang mudah terbakar ini telah mewujudkan asap yang begitu tebal. Kerani akaun sekolah yang membantu untuk memadamkan api telah pengsan kerana terhidu asap yang tebal.

Dua biji aircond yang turut terbakar.

Puncanya?

Masih dalam siasatan. Kami tidak dibenarkan memasuki bilik guru. Gambar ni pun diambil dari luar sahaja.

Yang tak boleh tahan.. bila tengok status ni di facebook.

Usop kot yang bako?

Memang glamerlah ayat "kita bako jer.. kita bako.."