Saya ni termasuk dengan golongan yang lembab.
Jangan salah faham, bukan lembab dalam ertikata tidak berapa pandai ataupun lembab yang sentiasa basah tu tapi lembab yang jenis buat kerja tak reti nak buat cepat-cepat. Semput!
Contoh.. kalau waktu makan.. saya orang yang paling akhir menghabiskan makanan. Itu sebabnya saya yang selalu jadi tukang kemas dan tukang basuh. Kalau pergi kenduri tu.. nampak macam saya ni jenis kuat makan sebab tak berhenti bila orang lain dah berhenti padahal saya belum pun tambah lagi. Bila dah kahwin ni saya jumpa geng yang sama macam saya iaitu adik ipar saya. Ada juga peneman di meja makan tu. Yang paling menyenangkan hati... adik ipar saya lagi lambat menghabiskan makanannya. Boleh ajak lumba siapa habis dulu..
Saya paling tak suka buat kerja saat-saat akhir. Mahu saya tinggalkan jer. Tak reti saya buat kerja cepat-cepat apalagi dalam suasana kelam kabut. Bila jadi cikgu ni.. itulah yang selalu terjadi. Dateline esok.. tapi baru bagi hari ini. Mulalah saya balas dengan ayat "Nak ukkk ukkk baru nak korek lubang..".
Masa zaman belajar dulu saya akan study awal-awal sebelum exam. Bila nak dekat exam saya relaks jer sampai mak abah selalu bising kata saya tak tekun. Kawan sebilik sewaktu di maktab selalu tension bila tengok saya lepak jer bila orang nak exam sebab dia jenis study last minute. Kalau study last minute juga.. alamat 'blank'lah waktu exam tuu...
Mak kata.. itu sebab Allah kurniakan saya anak lelaki. Suruh buat kerja cepat-cepat tak macam orang yang suka termenung. Budak laki kan lasak.. mana boleh nak lenggang-lenggang kangkung.
Tak tahulah sampai bila saya kekal dengan sifat yang begini. Ada baik dan buruknya juga. Satu yang pasti.. selalunya rakan baik saya mempunyai sifat yang bertentang dengan saya. Nak laju jer..
Orang kata.. biar lambat.. asal selamat..
Ada sesiapa yang satu geng dengan saya?