Bila ada masalah.. mak dan abahlah jadi mangsa. Maklumlah.. hanya tinggal ngan anak-anak jer. Suami balik sekali sekali. Bukannya nak menyusahkan orang tua. Cuma nak bercerita atau mengadu sahaja.
Tapi... kalau dah namanya orang tua, asal telefon jer.. lepas tu muncullah depan rumah ni. Tak kira siang atau malam. Apalagi kalau masalah melibatkan cucunya. Dah tidur pun boleh bangun. Kadang-kadang dah siap pesan.. jangan datang... yong cuma nak cerita jer namun takdanya diendahkan.
Nak cakap lebih-lebih kang merajuk nanti. Langsung tak dijenguknya nanti. Nak biar... rasa macam menyusahkan pula. Ini baru betul 'ditelan mati mak diluah mati bapa'.
Kalau ada masalah tapi tak maklumkan pun susah juga. Bila mereka dapat tahu.. mulalah nanti rasa yang mereka tak diperlukan.
Pernah hadapi situasi seperti saya? Apa langkah yang sewajarnya ye?