Itulah khasiat Ayam Goreng Berempah. Dok berpantang ni... blog dah jadi blog masakan pula. Silap-silap boleh tergugat blog Encik MAT GEBU kita. Jangan marah arrr Cik Mat... angan-angan Mat Jenin. Baru dua tiga resepi mana nak mengugat blog TIFFINBIRU yang termasyur tuuu...
Inilah rupanya ayam goreng berempah yang Cik Abang masakkan. Rasanya??? Sedia maklumlah kalau dah dipenuhi dengan halia, kunyit, bawang putih, lada hitam dan segalanya rempah yang memanaskan badan. Malangnya... bab ayam ni tak boleh amalkan selalu. Maklumlah.. risau nanti kalau bernanah luka pembedahan niii...
Jom intai resepi...
Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahannya:
4 ketul ayam
Sedikit minyak
4 cm halia - dihiris halus
5 ulas bawang putih - dihiris halus
10 biji bawang merah - dihiris halus
3 cm kunyit hidup - dihiris halus
Bahan-bahan ditumbuk
2 camca besar biji lada hitam - ditumbuk halus
2 cm halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 cm kunyit
Cara membuatnya
1. Bersihkan ayam dan perap dengan bahan-bahan yang ditumbuk 20 minit.
2. Panaskan kuali, tuang minyak dan goreng ayam sehingga kuning. Angkat dan tepikan.
3. Tumis bahan-bahan yang dihiris sehingga naik bau dan garing sedikit.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata.
Yang ni saya punya. Nampak macam banyak jer nasi tuuu. Mana nak slim lepas berpantang nantiii...