TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, January 12, 2011

Bila pintanya tanpa tangan dan kaki - Wahai ibu-ibu.. jagalah tutur katamu..

Kisah ini kisah benar yang berlaku di kampung saya... Felda Lasah. Kisah yang patut dijadikan pengajaran dan diambil perhatian terutama buat mereka yang memegang title ibu. Berhati-hatilah dalam menutur kata kerana kata seorang ibu ibarat doa darinya.

Kerana inginkan seorang anak perempuan setelah mempunyai lima orang anak lelaki... seorang wanita... dengan berseloroh telah menuturkan ayat... "Kalau dia lahir tanpa kaki dan tangan pun saya terima... asalkan perempuan".

Permintaan seorang ibu... akhirnya dimakbulkan. Walaupun sekadar gurauan.. Allah juga yang menentukan. Anak perempuan itu lahir... tanpa kaki dan tangan. Bulat... bergolek-golek.

Wanita itu hanya mampu terdiam namun seperti katanya... dia menyayangi anak itu. Sememangnya... hanya Allah penentu segala. Hadirnya sementara dan padaNYA ia kembali.

Begitu jugalah ibu-ibu diingatkan untuk berdoa dalam 2 bulan pertama dalam menentukan jantina bayi. Doa yang dipohon selepas itu dikhuatiri akan menyebabkan bayi mengalami kekeliruan jantina...

Wallahua'lam~