TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, October 5, 2010

Paling Pantang!

Paling Pantang!

Perkara yang paling tak berkenan. Kalau terjadi depan mata.... memang terasa nak mengamuk. Paling lemah... mengutuk dalam hati dan paling brutal.. mungkin ingin disekeh-sekeh jer kepala si pelaku.

Macam-macam benda yang boleh menjadi kepantangan. Selalu melibatkan sikap/ perkara yang tidak berkenan di mata/ hati kita. Ianya sering juga melibatkan sesuatu yang jelek. Tingkahlaku yang buruk... yang menyakitkan hati.

Sebagai guru... saya paling pantang jika anak murid saya bersikap biadap di dalam kelas. Selalunya... setiap awal  tahun sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran... saya menjelaskan apa perkara yang tidak saya sukai dan jangan sesekali melakukannya. Setakat 5 tahun berkhidmat di sekolah yang saya berada sekarang... anak murid saya cukup memahami apa yang menjadi kepantangan saya. Saya akan menjadi guru yang paling baik jika anak murid saya memahami saya tapi saya sukar mengawal angin saya jika anak murid saya bersikap biadap ketika menuntut ilmu.

Sebagai insan biasa, saya paling pantang jika insan di sekitar saya terutama yang rapat dengan saya menyembunyikan kebenaran sesuatu perkara dengan alasan supaya hati saya tidak terguris. Biar pedih dan pahit asalkan tidak berbicara manis hanya untuk mengelak hati terluka. Secara jujur.. bila menerima kepahitan... memang terasa pedih di hati. Mungkin reaksi/ riak wajah saya berubah namun ianya hanya untuk seketika. Insyaallah... saya akan cuba muhasabah diri dan berfikiran positif.

Ada tak manusia yang tidak mempunyai perkara yang 'paling pantang' dalam dirinya. Kalau kamu... apa yang paling pantang bagi diri kamu?

 Manusia yang suka lempar batu sembunyi tangan seperti Anonymous ini mungkin menjadi kepantangan sesetengah individu dalam berblogging...
gambar: google