TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, October 9, 2010

Kisah jajan di Hari Kanak-Kanak - Bagaimana hendak ku luah apa yang tertanggung bila yang ditekankan selalu terpinggir...

Sekolah ganti mengadakan aktiviti 3 dalam 1.

Majlis khatam Al-Quran... Sambutan Hari Raya dan Hari Kanak-Kanak.

Majlis Khatam Al-Quran
Alhamdulillah... seramai 41 orang murid yang khatam Al-Quran. Bilangan yang memberangsangkan berbanding tahun lepas. Mudah-mudahan... tahun hadapan... bilangan bertambah dari masa ke semasa.

Sambutan Hari Raya
Dah habis syawal pun takda masalah. Kuih raya pun masih banyak lagi. Cuma... terkilan sebab tahun ni murid-murid tak dapat pakai baju raya. Sian deme...

Hari Kanak-Kanak
Meraikan Hari Kanak-Kanak dengan pemberian jajan? Kanak-kanak dan jajan seperti 'isi dengan kuku'? Jajankah masalahnya atau ada punca yang lain. Bagaimana hendak ku luah apa yang tertanggung bila yang ditekankan selalu terpinggir...

 sekadar gambar hiasan: google

Jajan tanpa logo halal JAKIM yang diiktiraf? Bagaimana masyarakat boleh menutup mata membiarkan perkara terus berlangsung? Di mana keprihatinan... di manakah tanggungjawab? Cukupkah melihat kanak-kanak bergembira dengan penerimaan jajan yang masuk menjadi darah daging mereka tanpa mengambil kira halal dan haramnya?

Atau mungkin dengan alasan semua itu di sponsor? Mana mungkin mampu ditolak? 'Orang memberi kita merasa'. Bila kita sakit... adakah orang menanggungnya sama? Tidakkah terfikir.. kenapa mereka-mereka ini yang selalu memberi sponsor? Ikhlas atau ada agenda tersembunyi?

Dan bagaimana untuk saya memejam mata bila jajan yang di terima telah saya pastikan status halalnya di JAKIM? 'Tiada dalam senarai!'. Walaupun tertera logo halal JAKIM di situ... kenyataannya... syarikat berkenaan... TIDAK PERNAH MEMOHON STATUS HALAL DARIPADA PIHAK JAKIM! Dan kerana logo palsu itu juga pertelingkahan berlaku dengan alasan ada logo halal. Sah tak sah itu tanggungjawab pihak yang berkenaan. Mereka yang menanggung. Kalau tak sah... kenapa mereka tidak ambil tindakan?

Bolehkah alasan begitu diterima?

Susah sangatkah untuk bertegas dengan pihak sponsor? Hancurkah sesuatu majlis jika tiada pihak yang memberi sponsor? Susah ke nak dapat sponsor yang mengutamakan perkara sebegini? Peruntukan pun ada... upah orang masak salah ke? Bila anak-anak banyak mewujudkan masalah... kita sama-sama menuding jari. Benda dalam diam sebegini... KITA PULA YANG MENJADI SI LUNCAI...