TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, October 11, 2010

Itu tak halal... ini tak halal.. dah check kat JAKIM.. kenapa tak senarai?

Memang seboleh-bolehnya saya jadikan amalan... sebelum membeli sesuatu barangan itu.. saya akan SMSkan.. HALAL JAKIM walaupun ada logo halal JAKIM di situ.

 sumber: google

Dunia sekarang.. bukan boleh percaya sangat. Banyak sangat jenis penipuan yang wujud demi sebuah keuntungan.

Yang menjadi mangsa... kita. Kadangkala dalam berhati-hati pun... masih tertipu.

Kalau benar dah check kat JAKIM... kenapa tak senaraikan/ maklumkan?

Entahlah. Siapa saya untuk menyenaraikan syarikat-syarikat yang terlibat. Bukan pihak yang berkenaan... apalagi mereka yang mempunyai kuasa tentangnya. Saya check dan saya dapat pengesahan. Itu sahaja. Kalau saya maklumkan... apa yang terjadi bila fakta berubah? Maklumlah... dalam melindungi diri... rasuah... politik... apa-apa sahaja kemungkinan boleh berlaku dan saya tiada backup untuk menghadapi semua ini.

Apalagi bila diri terikat dengan peraturan dan undang-undang kerjaya. Apa yang saya mampu... ajak orang lain untuk pastikan status halal sesuatu barangan itu. Jika yakin terpulang... jika tidak pun terpulang.

Orang macam saya... hanya menjadi MELUKUT DI TEPI GANTANG.