Sejak akhir-akhir ni saya dihujani dengan panggilan lucah meragukan. Kenapa meragukan? Sebab ada banyak keraguan di situ. Bukan panggilan yang menawarkan anda memenangi sekian-sekian hadiah ataupun wang tetapi ada cerita lain disebaliknya.
Panggilan pertama dari nombor yang tak kenali tidak sempat disambut. Selepas beberapa jam... saya menerima lagi panggilan dari nombor yang sama dan bila ingin dijawab... telefon diletakkan. Keesokkannya (sabtu) saya sekali lagi menerima panggilan dari nombor yang sama dan kali ini ada orang yang berbicara.
sekadar gambar hiasan : mywanfai.wordpress.com
Seorang perempuan dan gaya berbicara memang seperti orang kerja ofis lagaknya. Dia menyatakan yang panggilan dibuat mewakili pihak bank sekian-sekian untuk mengemaskini data kad kredit saya. Bermula dengan pengesahan nama.... alamat rumah (meminta alamat rumah diberikan - sudah mula pelik)... nombor kad kredit ( bertambah pelik kerana nombor yang diberi hanya 12 nombor di depan tetapi tak tahu 4 lagi nombor di belakang).
Sekali lagi dia menegaskan tujuan dia menelefon adalah untuk mengemaskini data kerana saya tiada sebarang masalah pembayaran dengan pihak bank. Dia sedikitpun tidak memaklumkan yang dia mewakili bank kad kredit kepunyaan saya. Menimbulkan syak wasangka lagi kerana kad kredit yang saya pohon sebenarnya masih belum digunakan atau dengan kata lain... belum AKTIF. Bagaimana pula dia menyatakan saya tidak pernah menimbulkan masalah dengan pihak bank?
Bila nombor kad pengenalan diminta... saya fikir saya perlu bertindak. Kalau benar ianya hanya proses kemaskini data... takkan pihaknya takde butir-butir peribadi saya sedikitpun? Daripada menjadi mangsa entah apa-apa kes yang bakal menyusahkan pihak saya... saya mengambil keputusan untuk memutuskan talian dan hingga kini saya tidak menerima sebarang panggilan.
Pernahkah anda menerima panggilan sebegini atau mendengar cerita mengenainya. Apakah tujuan sebenar panggilan ini di buat? (penipuan penggunaan kad kredit orang lain?). Kalau betul ianya proses kemaskini... saya rasa pihak bank perlu gunakan cara yang lebih sesuai supaya tidak menimbulkan keraguan kepada pelanggannya. Saya belum lagi menelefon untuk mendapatkan kepastian dari pihak bank. Apa yang saya harapkan... saya tidak terperangkap dalam situasi yang menyusahkan...