Malaysia dah tua? Adakah itu puncanya banyak penyakit telah mula menyerang? Barah, sakit jantung dan kencing manis. Bukan setakat bilangan pengidap di kalangan rakyatnya semkin bertambah... Malaysia tidak turut terkecuali.
Barah. Penyakit yang menular dalam diam. Bahaya pula umpama ledakan bom yang menunggu masanya. Tak dapat dikesan jika tidak bertindak di peringkat awal. Tahu-tahu sahaja... nyawa dipertaruhkan. Seperti isu yang sentiasa menjadi mainan atau dipermainkan. Rawatan kimoterapi begitu menyakitkan. Terpaksa melakukan sebuah pengorbanan demi mempertahankan nyawa yang kadangkala tinggal nyawa-nyawa ikan.
Kencing manis. Saat menikmatinya sesuatu yang menyenangkan... jika melebihi had yang ditetapkan tanggunglah badan. Hanya manis dalam darah yang bertambah tapi kurangnya manis dalam senyuman apa lagi manis dalam kehidupan. Tubuh badan menjadi mangsa. Mangsanya terletak pada kaki yang menjadi akar umbi. Mula hitam... bernanah dan membusuk. Jalan penyelesaiannya... kudunglah ia demi kesempurnaan yang lain pula.
Sakit jantung. Sesuatu yang tak terduga terjadi. Tanpa sebarang persediaan... pastinya ia memberi tekanan. Namun... dengan bekalan yang ada... belum pasti ia tidak menyerang mangsa. Gaya hidup yang menjadi pilihan adalah punca utama. Namun segalanya berkemungkinan. Masalah alam turut tidak terkecuali. Siapa yang memulih dan siapa yang merosakkan? Sakit yang tak tertanggung secara tiba-tiba menjadi persoalan tanpa dapat merenung kembali ke masa silam.
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE-53 TANAH AIRKU...
Jangan menjunjung langit bumi tak terpijak... bila sedar hati retak...
gambar : www.skcai.com/bendera-malaysia/
soksek2: Adakah yang dah tua tapi masih kuat, tegap dan kukuh berdiri dengan pengisian keimanan dan ketaqwaan?