TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, August 23, 2010

Setakat cucuk - Bukan batal puasa

Suntikan insulin yang diambil oleh pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka sebaliknya hanya kemasukan bahan-bahan ubatan melalui kulit sahaja. Apa yang menghalang seseorang pesakit yang mengambil insulin untuk berpuasa adalah kesan yang dialami sebelum atau selepas pengambilan insulin.

 sekadar gambar hiasan 
sumber gambar dan maklumat : SINI

Bagi pesakit yang mengambil insulin, dos dan waktu suntikan perlu diubah mengikut arahan doktor berdasarkan ujian paras gula dalam darah pada permulaan puasa. Perubahan ini boleh dilakukan seperti:

* 3 kali suntikan — 2 dos insulin yang bertindak segera ketika berbuka dan sebelum sahur, serta satu dos insulin yang bertindak lama sebelum tidur.

* 2 kali suntikan — Satu dos insulin yang dicampur ketika berbuka (dengan dos sama pada pagi tidak berpuasa) dan satu dos insulin yang bertindak segera sebelum bersahur.

Ketika berpuasa, beberapa perkara perlu diberi perhatian iaitu tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidarasi kerana ia boleh membahayakan nyawa pesakit.

Tanda Hipoglisemia

# Menggigil.
# Terlalu lemah.
# Sangat lapar.
# Berpeluh-peluh dan terasa seram sejuk.
# Pucat.
# Berdebar-debar.
# Gelisah.
# Koma (keadaan terlalu teruk).

Tanda Hiperglisemia

* Kerap buang air kecil.
* Terlalu dahaga.
* Sangat letih.
* Terasa sesak nafas.

Tanda Dehidrasi

# Sangat dahaga.
# Kulit dan lidah menjadi terlalu kering.
# Fikiran terganggu dan sukar menumpukan perhatian. 

Komplikasi-komplikasi di atas yang menjadi penghalang kepada pesakit yang memerlukan suntikan insulin untuk terus berpuasa. Perkara ini bukan sahaja membahayakan nyawa pesakit tapi turut membahayakan nyawa kandungan bagi ibu yang mengandung. Sekiranya pesakit mengalami tanda-tanda yang dinyatakan... pesakit dinasihatkan untuk terus berbuka walaupun waktu berbuka hanya tinggal 30 minit sahaja lagi.