Sana sini dia menjaja kesusahan hidupnya.
Mungkin rezeki... ramai yang simpati.
Pernah beberapa kes yang tak sepatutnya berlaku di tempat kerjanya (melibatkan wang).
Ramai yang memaafkan bila fikir dia terdesak kerana kesusahan hidupnya.
Anggap sahaja sedekah tapi mereka(tauke) semakin berhati-hati..
sekadar gambar hiasan
sumber gambar: google
Tapi... dalam hati saya tertanya-tanya...
Kalau benar-benar susah... kenapa rambur berkaler bagai?
Bukan kaler semula jadi tapi campuran bahan kimia.
Jangan cerita pasal hukum...
Rasanya... dia sendiri sedia maklum.
Mana dapat duit?
Kalau buat sendiri pun... pasti perlu duit juga..
Sanggup tak makan ke untuk memenuhi hajat?
Bukannya tua kalau uban punya angkara...
Apa sebenarnya istilah susah bagi dirinya?
Musykil...