Anak xcident? Anak yang terhasil daripada benih ibubapa yang mempunyai ikatan yang sah tetapi tidak dikehendaki dengan pelbagai alasan yang dicipta.
- Anak bongsu masih kecil...- Ekonomi yang tidak stabil...- atau mungkin juga kengkangan masa dalam mendidik anak-anak yang ada.
Jalan penyelesaian yang mudah? Gugurkan ajer.. Bukan berdosa selagi tidak mecapai umur larangan bayi digugurkan? Entahlah.. bercakap bab had umur bayi boleh digugurkan ini mempunyai pro dan kontranya namun bagi saya jika ianya bukan disebabkan kecacatan atau membahayakan nyawa seseorang seperti ibu atau anak... memang sangat TAK PATUT!
Kenapa perlu menghukum bayi dalam kandungan disebabkan kelalaian diri sendiri. Kalau betul-betul tidak mahu anak lagi... rancanglah betul-betul. Kalau kes xcident berlaku... itu adalah disebabkan diri sendiri yang lalai. Bila dah lalai... silalah bertanggungjawab terhadap kelalaian tersebut. Bukannya ambil sikap lepas tangan dengan mudah. Anak adalah rezeki dan kita tak tahu rezeki apa yang datang bersama anak tersebut. Alasan yang diberi hanyalah satu perkara yang dicipta untuk menutup kesilapan diri sendiri. Paling-paling tidak... jika alasan tidak mampu yang diberikan... biarkan sahaja janin tersebut untuk terus hidup dan berikan kepada orang lain sebagai anak angkat bila sudah lahir. Kalau kos perubatan hospital yang menjadi alasannya... saya pasti... ramai pihak di luar sana yang sanggup menanggung kos hospital tersebut termasuk menyediakan yang sebaik-baiknya kepada pasangan sebegini asalkan anak itu diserahkan kepada mereka sebagai anak angkat.
Kos mengugurkan janin selalunya bergantung kepada usia janin. Lagi lama dikandung... lagi tinggi kos yang ditanggung. Paling-paling koman... RM300 perlu ada dalam tangan. Belum campur itu ini. Yang hairannya... kos untuk mengugurkan janin sanggup dicari dengan apa cara pun tapi kos untuk menyara janin suatu hari nanti dijadikan alasan untuk melakukan perkara buruk sebegini. Dimana letaknya naluri keibubapaan apalagi kemanusiaan? Kenapa perlu mengambil jalan singkat tanpa memikirkan balasan dan akibat di sana?
banyak pasangan di luar sana yang berusaha keras untuk mendapatkan zuriat...
yang murah rezeki ni pula kadangkala mengamalkan sikap memilih...
gambar hiasan: lailizah.tripod.com/proses_kejad...uran.htm
Ada beberapa kes yang pernah saya tangani dan saya amat berharap saya tidak perlu berdepan dengan perkara sebegini lagi. Keadaan begini meletakkan saya dalam kedudukan yang serba salah apalagi jika saya tidak berjaya menyelamatkan bayi tersebut. Sesalnya saya rasa seumur hidup. Ada sesuatu yang tidak difikirkan terutama untuk si ibu.... tidakkah dia risau ketika mengugurkan... nyawanya turut ditarik sama? Atau mungkin juga berlaku komplikasi pada dirinya? Mungkin juga tidak dapat mengandung lagi buat selama-lamanya. Bagaimana nak menghadapi hidup jika perkara sebegini berlaku atau mungkin mereka berkata mereka redha atas segalanya?
Jika paksaan dari pihak suami pun baiklah fikir banyak kali. Orang lelaki... bila orang perempuan dah tak boleh pakai dia cari yang lain. Orang perempuan yang menanggung azab seumur hidup. Kalau bergaduh sehingga bercerai sekalipun hanya kerana mempertahankan satu nyawa rasanya ia amat berbaloi. Dalam perkara mungkar... bukanlah restu suami yang diperlukan.