Perkara ini tidak melibatkan wanita sesama Islam tetapi menyentuh kepada pendedahan kepada wanita yang bukan beragama Islam. Ketahuilah jawapan soal jawab agama ' Bolehkah Memberitahu Aurat Kepada Bukan Mahram?
sekadar gambar hiasan
sumber: google
Kalau dulu... masa kedai gunting rambut kebanyakkan dipelopori oleh bukan Islam dan pendedahan agama yang kurang... lain ceritanya. Sekarang... banyak kedai gunting rambut yang diusahakan oleh orang Islam dan ramai yang telah mengetahui hukum.... tetapi masih hairan kenapa yang bukan Islam juga yang dipilih? Ramai yang memberi jawapan perkhidmatan mereka(bukan Islam) terbaik berbanding dengan pengusaha Islam yang macam tak cukup kemahiran tapi sibuk nak buka salon rambut sama.
Apapun... masih ada juga kedai salon rambut pemilik Islam yang tidak mengutamakan penjagaan aurat dengan mendedahkan salonnya kepada umum (pemandangan salon boleh dilihat dari luar atau kaum lelaki bebas masuk keluar tanpa halangan). Perkara sebegini amatlah dikesalkan dan meletakkan kita dalam keadaan yang serba salah sangat-sangatnya. Bila tuntutan agama ingin dipenuhi... memang banyak wujudnya halangan untuk menguji kekuatan iman.